KESAN PERTAMA: MENULIS RESUME

Resume anda adalah kesan pertama yang diberi kepada majikan yang tidak mempunyai pengenalan terhadap anda. Biasanya, resume memainkan peranan untuk mendapat jawatan kosong yang telah dimohon. Sebelum mendapat jawatan tersebut, majikan hanya boleh merujuk kepada kebolehan anda melalui resume. Oleh itu, penyediaan resume yang baik sangat penting untuk dipilih untuk sesi temu duga.

Yang berikut adalah 6 isi untuk dimasukkan dalam resume.

Huraikan Resume dan memberi Objektif anda

Majikan mempunyai menerima beribu-ribu resume dalam emel, anda perlu memastikan kekuatan anda dihuraikan dalam perenggan utama supaya senang dibaca. Memulakan resume anda dengan kejayaan anda dan keistimewaan anda. Memberitahu objektif anda menerima resume anda, contohnoya apakah jawatan yang anda memohon, dan mengapakah anda memohon tersebut (Contohnya, perkembangan kerjaya, minat dalam jawatan tersebut, atau tempat kerja yang dekat kepada rumah anda).

Maklumat Hubungan

Selepas menangkap perhation majikan, pastilah anda senang dihubungi oleh majikan. Jika anda tidak dapat menghubungi anda, mereka mungkin memutus asa dan menghubungi permohon kerja yang seterusnya.

Maklumat hubungan yang ditunjuk adalah maklumat yang perlu diletak dalam resume anda:
• Nama penuh mengikut Kad Pengenalan/passport
• Nombor Kad Pengenalan/passport
• Nombor Telefon Bimbit
• Nombor Telefon Rumah
• Alamat E-mel

Pengalaman Kerja

Pengalaman kerja menjaminkan pemahaman pemohon kerja kepada bidang industri tersebut. Para majikan akan berasa yakin terhadap pemohon tersebut. Oleh itu, semua pengalaman kerja part time atau kerja full time perlu dicatatkan dalam resume.

Berikut adalah cara untuk menunjukkan pengalaman kerja secara sistematik:
• Mengguna titik peluru
• Senaraikan pengalaman secara susunan kronologi terbalik.
• Huraikan tanggungjawab yang dipegang apabila mengambil setiap jawatan dalam pengalaman.

Kemahiran Yang Berkaitan

Memasukkan kemahiran yang berkaitan sahaja dalam resume. Contohnya, meletakkan kemahiran memasak tidak berkaitan apabila memohon untuk jawatan kerani, tetapi kemahiran tersebut sungguh bernilai apabila memohon untuk jawatan pelayan restoran atau jawatan penyelia restoran.

Pendidikan

Selain daripada pengalaman kerja, maklumat terhadap pendidikan yang anda menerima juga memainkan peranan yang penting dalam resume. Untuk jawatan kosong yang mempunyai keperluan seperti sijil STPM, Diploma atau Ijazah, pastikan anda menuliskan kejayaan tersebut dalam resume anda. Senaraikan pencapaian pendidikan anda secara kronologi terbalik.

Pensijilan dan kejayaan lain

Sijil-sijil yang berkaitan boleh membawa nilai yang tinggi kepada resume anda, contohnya, Sijil “Certified Accounting Technician (CAT)” memudahkan proses cari kerja seperti yang berkaitan dengan perakaunan.

Aktiviti kokurikulum yang anda telah terlibat boleh ditulis dalam resume, seperti jawatan AJK dalam rumah sukan atau penglibatan dalam kerja sosial menunjukkan sikap proaktif pemohon kerja.